Pages

kezamx. Powered by Blogger.

KPN : KEBOCORAN MAKLUMAT GANGGU TUGAS KAWAL SEMPADAN NEGARA

Posted by kezamx on Thursday 17 July 2014






Kuala Lumpur, 17 Julai – “Kepesatan aplikasi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dan ‘Whatsapp’ antara punca kebocoran maklumat operasi yang dilakukan pasukan keselamatan ketika bertugas di Sabah,” ujar Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar dalam ucapan sempena majlis Perhimpunan Bulanan anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Maktab PDRM Cheras, pagi tadi.



Menurut Ketua Polis Negara, kebocoran maklumat ke tangan pihak luar dan media merumitkan penugasan para petugas yang mengawal keselamatan sempadan negara.



Selain itu, beliau turut menyeru kepada semua warga dan kakitangan PDRM umumnya, supaya tidak menyebarkan sebarang maklumat yang melibatkan keselamatan negara.



Dalam perkembangan lain, turut disentuh isu jenayah siber yang tidak akan dapat dibendung sepenuhnya dalam arus perubahan ICT yang rancak berkembang namun masyarakat harus sentiasa relevan dan responsif terhadap kehendak semasa.



Menurut beliau lagi, ancaman jenayah siber kini datang dalam pelbagai bentuk dan saluran di mana ia tidak hanya wujud dalam kes-kes komersil, tetapi juga wujud di dalam siasatan beberapa kes konvensional seperti fitnah, hasutan, culik, rogol dan bunuh.



‘Oleh yang demikian ‘Police Cyber Investigation Response Centre’ (PCIRC) yang telah ditubuhkan pada penghujung tahun 2011 akan terus diperkasa melalui penambahan kelengkapan terkini serta peningkatan kemahiran pegawai dan anggota selaras dengan penugasan yang dijalankan’, tambah Ketua Polis Negara.



Majlis turut menyaksikan penyampaian surat penghargaan kepada Pegawai Kanan, Anggota dan Pegawai Awam PDRM dan sumbangan kepada beberapa balu dan anak-anak yatim warga PDRM serta kepada lapan buah masjid di bawah kelolaan PDRM.



Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pengarah-Pengarah dan Timbalan-timbalan Pengarah dan warga kerja PDRM - rmp.gov.my

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free