Pages

kezamx. Powered by Blogger.

MEE GORENG TELUR LIPAS DI BAZAR RAMADHAN

Posted by kezamx on Saturday, 12 July 2014

“Mee goreng telur lipas”, itulah yang diungkapkan oleh seorang pengguna Bazar Ramadhan di Taman Tasik Permaisuri yang mana mengharapkan dapat berbuka puasa dengan penuh selera. Tetapi malangnya setelah menjamah makanan tersebut beliau terpandang sebiji telur lipas di dalam Mee yang dimakannya tersebut.


Tidak tahulah bagaimana telur lipas itu boleh berada di situ. Jangan pula sebab telur ayam mahal digantinya dengan telur lipas. Mustahillah perkara itu dan sudah tentu ini adalah disebabkan kecuaian peniaga.

Menurut pengguna tersebut, beliau juga mengalami cirit-birit dan sakit perut setelah menjamah Mee goreng telur lipas itu walaupun tidak kesemua habis dimakan.

Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh keberkatan dan antara kelebihannya ialah kemurahan rezeki bagi peniaga-peniaga makanan. Tetapi berniaga itu biarlah ikhlas. Sediakanlah sebaik-baik makanan kepada mereka yang akan berbuka puasa nanti dan bukannya dengan makanan yang kotor lagi menjijikkan seperti ini.

Kepada para peniaga makanan janganlah hanya tahu mengambil untung sahaja. Berniaga itu adalah sunnah Rasulullah S.A.W dan janganlah cemarkan sunnah itu. Selain itu para pengguna juga mestilah bijak memilih gerai-gerai makanan. Pihak berkuasa juga sepatutnya memberikan gred kebersihan kepada gerai-gerai makanan di bazar Ramadhan supaya lebih senang pengguna memilih yang terbaik buat mereka. - SiakapKeli.com

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free