Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Bangkai Pesawat Air Algerie Dikesan Di Mali

Posted by kezamx on Friday 25 July 2014






OUAGADOUGOU - BURKINA FASO. Pesawat Air Algerie yang hilang awal semalam dengan 116 orang di dalamnya ditemui terhempas di Mali, berhampiran sempadan Burkina Faso.



Perkara itu dilaporkan penyelaras unit krisis di Ouagadougou.



"Kami sudah menemui pesawat Algeria. Bangkainya sudah di kenal pasti lokasinya... 50 kilometer di utara sempadan Burkina Faso di Wilayah Gossi, Mali," kata Jeneral Gilbert Diendiere dari Tentera Burkina Faso, lapor AFP.



Semalam pesawat penumpang itu dilaporkan terputus hubungan dengan syarikat penerbangan 50 minit selepas ia berlepas.



Seorang pegawai syarikat penerbangan itu berkata, separuh daripada jumlah penumpang merupakan warga Perancis.



Seorang wakil Air Algerie di Burkina Faso, Kara Terki pada sidang media berkata, kesemua penumpang yang menaiki pesawat itu dalam penerbangan transit sama ada ke Eropah, Timur Tengah atau Kanada.



Beliau berkata, senarai penumpang termasuk 50 warga Perancis, Burkinabe (24), Lebanon (8), Algeria (4), Luxembourg (2), Belgium (1), Nigeria (1), Ukraine (1) dan Romania (1). - Sinarh Harian

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free