Georgetown – Beberapa pelanggan yang sedang bersahur nyaris maut apabila sebuah kereta terbabas dan merempuh gerai makan di astaka medan selera Jelutong, di sini, hari ini.
Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, pemandu kereta Proton Waja berusia lingkungan 30-an dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh gerai makan di situ.
Rempuhan itu menyebabkan kira-kira 20 pelanggan yang sedang makan bertempiaran lari.
Difahamkan, lelaki terbabit memandu dalam keadaan mabuk dan orang ramai yang berang dengan kejadian itu membelasahnya sebelum ia dileraikan anggota polis yang tiba di lokasi kejadian beberapa minit kemudian.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, mangsa yang mengalami kecederaan ringan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP). –myMetro Online
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment