Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Mahkamah Rayuan Kurangkan Saman Nurul AF2

Posted by kezamx on Thursday 17 July 2014

Mahkamah Rayuan Kurangkan Saman Nurul AF2 Kepada TV3 | Mahkamah Rayuan di Putrajaya mengurangkan jumlah ganti rugi saman Nurul AF2 dari RM250,000 kepada RM80,000 untuk dibayar oleh Sistem Televisyen Malaysia Bhd (TV3) dan empat yang lain kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua, Nurullah Zawawi dan suaminya berhubung laporan berunsur fitnah dalam rancangan Melodi, tiga tahun lepas.

Mahkamah Rayuan Kurangkan Saman Nurul AF2 Kepada TV3

Hakim Datuk Zaharah Ibrahim, yang mempengerusikan panel tiga hakim, hari ini membenarkan sebahagian daripada rayuan oleh pihak perayu mengenai jumlah ganti rugi tetapi menolak rayuannya tentang liabiliti. Panel itu, yang turut dianggotai Hakim Datuk Azhar Mohamed dan Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, mencapai keputusan itu selepas memutuskan bahawa aduan pernyataan fitnah oleh Nurullah, 32 dan suaminya Mohd Munzil Muhamad, 31, hanya membentuk sebahagian kecil dalam program hiburan yang disiarkan oleh stesen televisyen itu.

Zaharah berkata hakim Mahkamah Tinggi juga telah mendapati tiada niat jahat dalam laporan program tersebut. Pasangan itu, selaku plaintif, memfailkan pernyataan tuntutan pada 5 Sept 2011 dengan mendakwa saluran televisyen itu antara pukul 12.30 tengah hari dan 1.30 tengah hari, 26 Jun tahun sama menyiarkan fitnah mengenai status perkahwinan serta hal ehwal peribadi mereka melalui rancangan Melodi. Selain TV3, mereka menamakan penerbit Melodi, Azman Abd. Ghafar, wartawan hiburan, Michelle Wee Lili, syarikat ALT Media Sdn. Bhd. dan abang kandung Nurullah, Bustamam Zawawi sebagai defendan. Pada 20 Dis tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan pihak perayu membayar ganti rugi RM250,000 kepada pasangan itu. Pihak perayu diwakili peguam T.H. Liew manakala Nadzarin Wok Nordin mewakili pasangan tersebut.

sumber

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free