KUALA TERENGGANU – Polis Terengganu merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api sejak 29 jun lalu dengan rampasan bernilai RM39,000.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah berkata, sepanjang operasi dijalankan itu, seramai 14 individu ditahan termasuk seorang wanita.
Katanya, mereka yang ditahan berusia antara 22 hingga 30-an di seluruh negeri ini membabitkan Kuala Terengganu mencatatkan kes paling tinggi iaitu lapan kes. – BH Online
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment