Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Kami Dinasihat Tidak Ke Lokasi Nahas, Ia Zon Bahaya – Waris

Posted by kezamx on Friday 18 July 2014




PUTRAJAYA, 18 Julai (Bernama) -- Keluarga mangsa pesawat penerbangan Malaysia Airliens (MAS) MH17 yang terhempas Ukraine dinasihatkan agar tidak ke kawasan kejadian buat masa ini, kata seorang daripada waris penumpang, Norimah Dewa.



Beliau yang merupakan ibu saudara kepada seorang mangsa nahas pesawat itu, Sherliza Zaini, berkata ini kerana kawasan tersebut merupakan zon bahaya dan keselamatan mereka tidak dapat dijamin.



"Malaysia Airlines (MAS) akan menghantar satu pasukan mereka ke sana petang ini. Buat masa ini, keluarga akan diberikan bilik dan menetap di sini sehingga perkembangan lanjut," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat yang diadakan oleh MAS di sebuah hotel di sini pada Jumaat.



Norimah berkata dalam taklimat itu MAS turut menerangkan pelan mereka dalam mengendalikan insiden itu.



MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Ukraine, dipercayai ditembak.



Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari waktu tempatan semalam dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 6.10 pagi ini.- BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free