Pages

kezamx. Powered by Blogger.

AmBank Menang Anugerah Asian Banker

Posted by kezamx on Thursday 29 May 2014





KUALA LUMPUR – Kumpulan AmBank dan rakan kongsi teknologinya TCS, memenangi Anugerah Pelaksanaan Perbankan Teras Negara Tunggal TERBAIK di Program Anugerah Pelaksanaan Teknologi Asian Banker Ke-8.



Penyampaian anugerah itu diadakan bersempena dengan Asian Banker Summit 2014, mesyuarat tahunan utama bagi pembuat keputusan dalam industri perkhidmatan kewangan di rantau Asia Pasifik, kata bank itu dalam satu kenyataan.



Program itu dikendalikan oleh The Asian Banker dan dirujuk oleh bank-bank terkemuka global, perunding IT dan ahli akademik.



Proses penilaian ketat selama tiga bulan menentukan pemenang dari seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah dan Afrika.



Menurut Ambank, anugerah ini adalah susulan kejayaan pelaksanaan sistem perbankan teras baharu AmBank (AmBanCS) pada November tahun lalu.



Pelaksanaan AmBanCS dilaksanakan menerusi program AmHorizon yang bermula pada 2011.



AmBank berkata pelaksanaan sistem perbankan teras baharu itu merupakan kejayaan penting dalam usaha transformasi kumpulan sejajar dengan wawasannya “sebagai kumpulan penyelesaian kewangan pelbagai pilihan Malaysia yang mempunyai jaringan hubungan antarabangsa, kami berasa bangga dapat membangunkan masa depan anda bersama kami.



Sumber: Bernama

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free