Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Ikhwan Hot FM Putus Tunang Lagi, Mahu Kahwin Terus Selepas Ini

Posted by kezamx on Thursday, 3 July 2014





Perkahwinan yang dirancang pada penghujung tahun ini tidak dapat direalisasikan kerana sang jejaka Ikhwan Hot FM secara rasminya telah memutuskan ikatan pertunangannya pada bulan lepas disebabkan masalah-masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan lagi.



Bertemu di majlis berbuka puasa anjuran Hot FM di Terrace House, Ikhwan Hot FM yang sudah sebanyak 2 kali putus tunang tidak teragak-agak lagi selepas ini, sekiranya dipertemukan jodoh dia mahu untuk berkahwin terus dan tidak mahu bertunang seperti sebelum-sebelum ini.



Keputusan untuk memutuskan pertunangannya yang kedua ini juga telah mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak keularga malah, Ikhwan sendiri ke rumah ibubapa bekas tunangnya untuk memberitahu tentang pembatalan pertunangannya itu.



“Saya putus tunang pun secara baik apabila saya berjumpa dengan keluarganya untuk jelaskan apa yang telah berlaku dan akhirnya kami membuat keputusan untuk memutuskan pertunangan secara baik. Ini sudah 2 kali saya putus tunang dan sepatutnya saya akan berkahwin dengannya pada tahun ini tetapi tak ada rezeki dan jodoh tidak kesampaian lagi. Saya bertunang pun tidak sampai setahun,” ujarnya mesra.



Selepas gagal untuk kali kedua, Ikhwan optimis dan tidak sesekali menjadikan hubungannya ini sebagai ‘badi’ tetapi lebih ke arah positif dan tidak terbeban langsung dengan apa yang diperkatakan oleh orang sekeliling terhadapnya.



“Saya jadikan ini sebagai satu benda yang positif untuk saya meneruskan hidup dan kerjaya saya tak langsung kisah dengan apa orang cakap yang penting orang sekeliling tahu apa yang sedang saya lakukan. Saya akui kesilapan di pihak saya dan akan terus memperbaiki supaya tak akan timbul lagi perkara sebegini,” tambahnya lagi.



Ikhwan juga menjelaskan walaupun sudah tidak lagi berhubung dengan bekas tunangnya tetapi dia masih lagi rapat dengan keluarga mereka lebih-lebih lagi abang bekas tunangnya itu.



“Saya agak sedih apabila orang saya rapat terutama ibubapanya dan abangnya yang sentiasa memberi sokongan kepada saya. Hubungan saya dan keluarganya tak putus tetapi hubungan antara saya dan bekas tunang sudah jarang berkomunikas,” ujarnya. ─RotiKaya.com

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free