JITRA – Polis mengesan masih ada beberapa individu yang dipercayai terbabit dengan kegiatan militan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata, pihaknya ada mengesan suspek-suspek di beberapa negeri dan akan melakukan operasi untuk menahan mereka.
“Ada lagi (suspek)… sudah tangkap nanti kita akan umumkan,” katanya ketika ditemui selepas sambutan Hari Pekerja di Dewan Wawasan di sini hari ini.
Pada 28 April lepas, sembilan ditahan Polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman. Mereka berumur antara 22 hingga 55 termasuk seorang wanita, tiga ditahan di Kedah dan enam di Selangor.
Seorang lagi individu yang juga dipercayai terlibat dengan kegiatan militan ditahan di Kuala Lumpur pada 29 April, menjadikan jumlah keseluruhan yang ditangkap ialah 10 orang. – BERNAMA
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment