Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Taylor Swift Guna Pesawat AirAsia Jelajah ASEAN

Posted by kezamx on Saturday, 31 May 2014





KUALA LUMPUR – AirAsia menjadi syarikat penerbangan rasmi bagi penyanyi antarabangsa, Taylor Swift dalam program jelajahnya di ASEAN bermula 4 Jun ini.



AirAsia dalam satu kenyataan media memberitahu, AirAsia akan menggunakan pesawat Airbus A320 milik syarikat itu sebagai pesawat rasmi penyanyi yang tujuh kali anugerah Grammy tersebut.



“Pesawat Airbus A320 yang menampilkan Taylor Swift ini akan beroperasi ke pelbagai destinasi bersempena konsert jelajah itu termasuk Jakarta, Manila, Singapura dan Kuala Lumpur.



“Taylor Swift RED ASEAN TOUR dipersembahkan oleh Cornetto akan diadakan di Jakarta pada 4 Jun ini, Manila (6 Jun), Kuala Lumpur (11 Jun) dan di Singapura pada 9 dan 12 Jun,” kata kenyataan itu hari ini.



Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar dalam kenyataan sama berkata, AirAsia sangat berbesar hati kerana Taylor Swift akan menggunakan pesawat syarikat itu.



Menurutnya, ia juga satu peluang kerjasama dengan Taylor dan krew beliau dalam usaha membina jenama AirAsia di peringkat global.



Beliau turut memaklumkan, AirAsia melancarkan RED HOT Truck bersempena jelajah penyanyi itu ke Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru dari 5 hingga 18 Mei ini.



“Para peminat Taylor boleh menyertai pelbagai aktiviti yang menarik dan berpeluang memenangi konsert tiket, pelbagai barangan dan banyak lagi,” katanya.



Sumber: Mynewshub

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free