Marang – Seorang lelaki sindrom down rentung selepas rumahnya dijilat api dalam kebakaran di Kampung Kijing di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa, Hisyam Alias, 28, ditemui rentung di dalam biliknya.
Ketua Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Zamri Awang Long berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 6.02 pagi sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marang dibantu BBP Kuala Terengganu bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, rumah milik mangsa yang didiami bersama keluarga sedang marak terbakar.
“Kebakaran juga merebak dan memusnahkan 80 peratus sebuah rumah yang terletak berhampiran mangsa sebelum usaha memadam dan mengawal api segera dijalankan.
“Api berjaya dikawal jam 7.06 pagi dan dipadamkan kira-kira satu jam kemudian.
“Ketika ini, punca sebenar dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. -hmetro
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment