Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Lari sambil tangan kena ikat selamatkan diri

Posted by kezamx on Saturday 31 May 2014





KUALA KEDAH – Dua lelaki warga Bangladesh menempuh detik cemas apabila didakwa disamun dalam rumah sewa mereka sendiri di Taman Sri Putra, dekat sini, malam kelmarin.



Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, dua lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit dikatakan terpaksa berlari sejauh 300 meter (m) demi mendapatkan pertolongan.



Dengan seorang cedera di bahagian leher dipercayai akibat dikelar, manakala seorang lagi tidak berbaju sambil tangan berikat tali di belakang mereka melarikan diri ke sebuah restoran.



Bagaimanapun, sebaik menerangkan bahawa mereka berdua telah disamun, seorang daripadanya pengsan kerana pendarahan di leher.



Saksi dikenali sebagai Hafiz berkata, dia melihat seorang lelaki cedera, manakala seorang tangan terikat meluru masuk ke dalam restoran.



“Mereka mendakwa telah dirompak orang tidak dikenali semasa dalam kediaman mereka,” katanya.



Jiran mangsa, Zul Ismail, 46, berkata, dia tidak mendengar bunyi bising dari kediaman mereka sewaktu kejadian.



Namun katanya, dia menyedari kejadian terbabit selepas anaknya memaklumkan dua lelaki dilihat berlari keluar dari rumah mangsa.



Zul berkata, dia tidak mengenali dua lelaki warga asing berkenaan, kerana mereka dikatakan hanya menumpang sementara kediaman itu.



Difahamkan, dua lelaki berkenaan dipercayai baru sebulan menyewa di taman perumahan terbabit, malah tidak diketahui pekerjaan mereka.



Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kota Setar, Deputi Superintendan V Saravanan mengesahkan sudah menerima laporan, malah akan melakukan siasatan lanjut.



Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, anggota polis menghantar warga Bangladesh berkenaan untuk mendapatkan rawatan.



“Doktor memaklumkan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan. Setakat ini, pihak kami belum dapat mengesahkan nilai kerugian mangsa,” katanya.



Sumber: Sinar Online

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free