RASANYA semua orang tahu kes sebutan yang melibatkan perceraian di mahkamah bukan boleh selesai dalam masa dua tiga hari.
Ada yang mengambil masa sehingga bertahun-tahun untuk diselesaikan dan sepanjang tempoh itu, turun naik mahkamah syariah sudah menjadi kemestian.
Bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Sham dan isterinya, Nurul Halimin Mohd Salleh antara yang tidak terkecuali.
Sepatutnya, hari ini kedua-duanya perlu hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang pada jam 3 petang bagi mendengar kes sebutan faraq nikah atau pembubaran nikah mereka.
Namun, Sham mahupun Nurul Halimin tidak hadir pada prosiding tersebut tanpa diketahui puncanya, memetik mStar Online.
Sebelum ini, Sham pernah mendirikan rumahtangga dengan Farazila sebelum bercerai pada September 2011.
Hai, janganlah dibuat main bab-bab begini!
Nanti kalau dah tertekan sebab kes lama tertangguh, tak pasal-pasal bergaduh menerusi media pula, tak gitu?
Sumber: Elza / Mynewshub
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment