Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Culik: Warga China, Filipina Sudah Dibebaskan

Posted by kezamx on Friday 30 May 2014





KOTA KINABALU – Warga China dan Filipina yang diculik di sebuah resort atas air, Singamata Adventures Reef and Resort, Semporna pada awal April lepas, sudah dibebaskan dan kini berada di Sabah.



Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pembebasan mereka adalah hasil kerjasama polis Malaysia dan Filipina.



“Kedua-dua mereka tiba di sini (Kota Kinabalu) pada 10.30 pagi tadi,” katanya kepada Bernama hari ini.



Beliau bagaimanapun enggan menyatakan lokasi kedua-dua mangsa itu kini.



Pada 2 April lepas, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata telah menculik pelancong China, Gao Hua Yuan, 29, dari Shanghai dan warga Filipina, Marcy Dayawan, 40, yang bekerja di Singamata Adventures and Reef Resort, kira-kira 10.30 malam.



Kumpulan penculik itu dilaporkan telah menuntut wang tebusan sebanyak RM36.4 juta (AS$11 juta) untuk membebaskan Gao.



Susulan kejadian itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan kawalan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) diperketatkan dengan menambah aset tambahan.



Sebelum ini, Bernama melaporkan polis Sabah telah menahan empat orang termasuk tiga wanita bagi membantu siasatan.



Dua wanita itu ditahan di resort berkenaan manakala seorang lagi wanita dan seorang lelaki ditahan di sebuah perkampungan di Semporna.



Sumber: Bernama

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free