Pages

kezamx. Powered by Blogger.

PAC Cadang Rombak Kem. Pertanian, KPDNKK

Posted by kezamx on Wednesday 28 May 2014





KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan supaya rombakan besar-besaran dilakukan ke atas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berikutan kegiatan penyeludupan diesel yang masih berleluasa.



Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, rombakan perlu juga dilakukan ke atas dua agensi kerajaan iaitu Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dan Unit Pencegahan Penyeludupan yang bertanggungjawab dalam soal penyeludupan diesel.



“PAC berpendapat kementerian dan agensi kerajaan yang diberikan tanggungjawab menjaga subsidi diesel perlu menjalani rombakan secara besar-besaran bagi membanteras penyeludupan diesel ke negara jiran.



“Jenayah ini bukan baru dan melihat kepada statistik yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), penguatkuasaan dijalankan sejak lima tahun lalu tetapi kegiatan penyeludupan terus berlaku,” tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.



Nur Jazlan berkata, kegagalan penguatkuasa terbabit membanteras kegiatan penyeludupan diesel secara konsisten membuktikan bahawa tindakan tegas perlu diambil kepada pengurusan tertinggi kementerian dan agensi kerajaan terbabit.



Menurutnya, adalah sesuatu yang menghairankan apabila SPRM melaporkan ada pegawai penguatkuasa mempunyai akaun berjuta ringgit hasil kegiatan penyeludupan diesel sedangkan mereka adalah pegawai kerajaan yang sepatutnya melindungi kepentingan rakyat dan negara.



“Dimana peranan ketua setiausaha kementerian dan ketua pengarah jabatan berkenaan yang sepatutnya memastikan pegawai dan kakitangan mereka berintegriti dalam melaksanakan tanggungjawab.



“Mungkin sudah sampai masa kerajaan memikirkan mekanisme baharu dalam membanteras gejala ini termasuk mewajibkan semua pegawai dan kakitangan kementerian dan agensi tersebut mengisytiharkan harta mereka secara berkal



Mengulas lanjut, katanya, kerajaan Persekutuan akan melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun depan tetapi hasil daripada kutipan itu tidak bermakna jika penyeludupan itu masih berlaku dan merugikan negara.



Sehubungan itu, katanya, PAC akan mengarahkan Jabatan Audit Negara menjalankan audit forensik kepada penyeludupan diesel pada tahun ini bagi memastikan jumlah sebenar kerugian yang ditanggung kerajaan didedahkan.



Katanya, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Audit Negara untuk tujuan tersebut dan audit berkenaan akan dimasukkan ke dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri 3 2014 yang akan dibentangkan di Parlimen hujung tahun ini.



Menerusinya, kata beliau, PAC akan memanggil semua kementerian dan agensi terlibat bagi memberi keterangan.



“Kita berharap dapat mengeluarkan satu laporan terperinci mengenai kegiatan penyeludupan diesel yang berlaku sekali gus memberi cadangan terbaik kepada kerajaan untuk membanterasnya,” tegas beliau.



Sumber: Mynewshub

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free