Seorang guru di Turki dijatuhi hukuman penjara 15 bulan semalam, gara-gara menggunakan nama Allah bagi twithandle Twitter miliknya.
Ertan P menggunakan nama Allah (c.c) atau CenabiAllah untuk mengutuk kerajaan menerusi Twitter, kononnya status yang dimuatnaik adalah ‘suara’ daripada Tuhan.
Menerusi tweet terakhir pada 17 Mei, Ertan memuatnaik status yang berbunyi “Here [Heaven] is very safe because there is no police.” (Di sini (syurga) lebih selamat sebab tiada polis.
Ia bagi mengutuk campur tangan polis ketika pihak pembangkang mengadakan tunjuk perasaan menentang Kerajaan Turki pada Jun 2013.
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan sebelum ini pernah menggantung Twitter dan YouTube daripada digunakan rakyat negara tersebut kerana ia dianggap menjadi medium menyebarkan propaganda.
Penggantungan bagaimanapun hanya berjaya dilaksanakan selama dua minggu apabila Mahkamah Tinggi Turki memutuskan ia menidakkan hak rakyat negara tersebut.
Sumber: Mashable / Rem Ramzi / Mynewshub
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment