Pages

kezamx. Powered by Blogger.

DAP Sahkan Dyana Sofya Bantah Pelaksanaan Hudud

Posted by kezamx on Thursday, 29 May 2014





KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengakui calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud mempunyai pendirian yang sama dengan DAP berhubung undang-undang hudud.



Beliau mendakwa, Dyana Sofya menyokong pendirian DAP iaitu membantah pelaksanaan undang-undang hudud di Malaysia kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.



“Dyana Sofya telah menyatakan sokongan kepada pendirian DAP untuk tidak membantah hudud dalam Islam tetapi membantah pelaksanaan undang-undang hudud di Malaysia kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan.



“Pendirian Dyana itu lebih baik berbanding pemimpin UMNO yang mahu melaksanakan undang-undang hudud,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.



Guan Eng dalam pada itu melahirkan rasa tidak puas hati beliau ke atas jentera Barisan Nasional (BN) kerana didakwa melakukan serangan peribadi bagi merosakkan karakter Dyana Sofya.



Menurutnya, serangan itu termasuk mempersoalkan kelayakan beliau sebagai seorang peguam, hal paras rupa, fitnah memakai bikini, menggelarnya seorang penipu serta seorang anak kecil yang memerlukan puting.



“Dyana Sofya diejek kerana terlalu bergantung kepada pemimpin DAP, Lim Kit Siang, malah mendakwa Dyana Sofya menangis tanpa kehadiran Kit Siang,” katanya.



Sumber: Mynewshub

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free