Atlet basikal negara, Kimberly Yap Fui Li, hari ini cedera parah apabila terlibat dalam kemalangan ketika menjalani latihan berbasikal.
Pegawai Penyiasat Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S. Lee, Insp Mohd Termizi Mues berkata dalam kejadian pada pukul 8.45 pagi itu, basikal yang dinaiki oleh Kimberly dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis Toyota Harrier di Lebuhraya Penchala Link.
“Menurut saksi kejadian, mangsa yang bergerak di tepi jalan menghala ke Damansara selepas terowong, telah dilanggar dari belakang oleh kenderaan tersebut.
“Mangsa mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dengan ambulan,” kata kenyataan itu.
Kimberly, 28, pernah memenangi pingat emas triathlon Sukan Sea pada tahun 2005. -awani
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment