KETUA GENG VINOD 08 DIBERI PELUANG UNTUK PULIH | Ketua Geng Vinod 08 yang diberkas polis semalam berhampiran Taman Tasik Titiwangsa selepas kejar mengejar dengan polis dari Genting Sempah, Pahang akan disoal siasat sebaik pulih daripada kecederaan.
Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata Vinod yang ditembak ketika drama kejar mengejar itu diberi peluang untuk pulih dahulu sebelum disiasat.
Menurut beliau, dikenali dengan nama Vinod mungkin akan diserahkan juga kepada Polis Sentul untuk membantu siasatan jenayah-jenayah lain di sana.
“Kita akan dapatkan maklumat tentang kumpulan dia sebaik dia sembuh dari kecederaannya,” katanya memetik laporan The Star Online.
Abdul Rahim berkata rakan wanita Vinod yang turut ditahan bersama Vinod masih lagi berada dalam tahanan polis.
Suspek cedera, di bahagian bahu kanan dan pinggang selepas ditembak polis ketika dikejar selama tiga jam.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment