KEHADIRAN wanita cantik bernama Chahida Chekkafi dalam sebuah pertandingan bola sepak menarikt perhatian orang ramai.. Menariknya , dia adalah pengadil di padang hijau yang tampil dengan balutan hijab atau tudung.
Di usia yang baru menginjak 16 tahun , perempuan asal Maghribi ini sudah menjadi pengadil liga bola sepak Itali untuk pemain muda. Prestasi itu mengantarkan dia sebagai pengadil bola sepak wanita pertama yang memakai hijab dan memimpin perlawanan bola sepak lelaki.
Diberitakan Islam.ru , wajahnya kelihatan lemah lembut dan santun dalam balutan hijab , namun remaja cantik ini punya ketegasan luar biasa di padang permainan . Buat pemain yang bermain kasar , ia tak segan – segan mengeluarkan kad kuning dari poketnya atau bahkan mengusir dari lapangan .
Chahida Chekkafi tinggal dan besar di Itali . Gadis ini akrab dengan bola sepak kerana ibunya adalah pemain bola sepak di Maghribi .
Atas prestasi yang dicapai , akhbar Itali Corriere Della Sera memasang wajah Chahida di sampul paling depan . Presiden Jawatankuasa Pengadil di Milan menyebut Chahida Chekkafi sebagai wanita yang mempunyai bakat dan tahu cara mewujudkan impiannya .
Kisah Chahida Chekkafi tentu jadi inspirasi semua orang . Dia boleh berkerja profesional tanpa meninggalkan perintah agama. Yang pentingnya itu. Setiap aktiviti atas muka dunia perlu berlandaskan agama, seterusnya menuju akhirat.
Sumber: Mynewshub
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment