Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Rajagobal Terima Tawaran Kendali Pasukan Asia

Posted by kezamx on Wednesday 28 May 2014





KUALA LUMPUR – Bekas pengendali skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal mendedahkan bahawa beliau sedang mempertimbang tawaran daripada beberapa pasukan benua Asia yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya.



Jurulatih berusia 57 tahun itu yang sebelum ini dikaitkan sebagai seorang calon skuad kebangsaan Vietnam, bagaimanapun enggan menyatakan nama pasukan berkenaan kerana beliau sedang mempertimbang terma serta visi yang mahu dicapai oleh persatuan bola sepak negara-negara tersebut.



“Saya mahu lihat dahulu visi dan misi negara berkenaan. Apa yang mereka mahukan dari segi jangka pendek atau panjang. Saya tidak mahu buat keputusan drastik.



“Memang saya ada mendengar nama saya dikaitkan dengan pasukan Vietnam (sebelum ini), namun saya belum mendapat kertas hitam putih daripada mereka,” katanya.



Rajagobal berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran logo Kejohanan Piala Dunia Bola Sepak Bersatu Olimpik Khas 2014 yang disempurnakan Tunku Muinuddin Putra Tunku Ahmad Nerang bagi mewakili Raja Puan Besar Perak Tuanku Raja Zara Salim di Kelab Diraja Selangor di sini hari ini.



Selain tawaran berkenaan, Rajagobal turut mendedahkan beliau sedang dipancing oleh empat pasukan daripada Liga Malaysia yang turut berminat mendapatkan khidmatnya.



“Saya berterima kasih kepada empat pasukan berkenaan yang berminat untuk mendapatkan khidmat saya. Saya perlu fikir dengan baik sebelum buat keputusan (muktamad),” katanya.



Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak melanjutkan kontrak Rajagobal yang berakhir pada 31 Dis 2013 selepas gagal membawa pasukan kebangsaan beraksi pada Piala Asia 2015 di Australia yang dijadikan Petunjuk Prestasi Utama kepada beliau.



Rajagobal pernah membantu skuad bawah 23 negara (Harimau Muda A) meraih pingat emas pada Sukan Sea 2009 di Laos selain membawa skuad Harimau Malaya muncul juara Piala AFF Suzuki pada 2010 yang dianjurkan bersama Malaysia dan Indonesia.



Sumber: Bernama

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free