BUKAN mudah sebenarnya seseorang wanita itu untuk menerima hakikat bahawa dirinya dimadukan oleh sang suami, namun berbeza buat pengarah terkenal, Erma Fatima.
Memetik laporan beberapa portal hiburan, suaminya yang juga pengarah, Badaruddin Azmi atau Bade dikatakan telah bernikah buat kali kedua dengan seorang wanita sekitar dua bulan lalu di negara jiran.
Majlis resepsinya pula telah diadakan di sebuah hotel di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu.
Erma dilihat cukup terbuka dengan perkahwinan Bade dengan menyatakan bahawa dia sememangnya sudah memberi restu dan keizinan buat suaminya itu, menerusi sebuah akhbar mingguan tempatan.
Ujarnya lagi, Bade berhak mendapat kebahagian dan dia berhak serta mampu untuk berkahwin lagi.
Menyifatkan suaminya itu seorang lelaki dan ayah yang baik dan bertanggungjawab, Erma turut meminta agar tiada pihak di luar sana yang mempersoalkan kisah perkahwinannya itu.
Ha, kalau dah begitu kata Erma, jangan pula peminat yang terlebih-lebih emosi ya…
Sumber: Elza / Mynewshub
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment