Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Ular Tedung Terbesar Pernah Ditangkap

Posted by kezamx on Saturday, 31 May 2014





BUKIT CHANDAN – Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Kangsar berjaya menangkap seekor ular tedung selar sepanjang lebih tiga meter di Kampung Sto, Padang Rengas, baru-baru ini.



Haiwan seberat hampir 20 kilogram itu ditangkap dalam sebuah perigi di kampung berkenaan selepas anggota menerima panggilan daripada penduduk kampung yang melihat kehadiran ular tersebut.



Anggota bertugas yang membantu menangkap ular itu, Prebet Haidir Tarmizi berkata, mereka bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan daripada penduduk kampung kira-kira jam 1.30 tengahari.



“Hampir 10 minit kemudian, baru kami dapat menaikkan ular itu ke darat. Tugas untuk menagkap agak sukar kerana ular tersebut bersikap agresif, mungkin kerana ia lapar,” katanya.



Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Mohd Haspi Hamzah berkata, anggotanya menerima 20 hingga 30 kes ular dalam sebulan, purata satu kes untuk sehari.



Menurutnya, ular tedung selar yang ditangkap baru-baru ini merupakan yang terbesar pernah mereka tangkap kerana ia sepanjang lebih tiga meter dan beratnya hampir mencecah 20 kilogram.



Katanya lagi, pembangunan yang semakin pesat di Kuala Kangsar mungkin menjadi punca kepada berlakunya kes haiwan berbisa seperti ular menceroboh kawasan kediaman manusia.



Sumber: Sinar Online

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free