Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Kematian L/Kpl Azuan Diklasifikasi Kes Bunuh

Posted by kezamx on Tuesday, 27 May 2014





TELUK INTAN – Polis mengklasifikasikan kes Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah yang maut selepas dirempuh oleh kereta dinaiki penjenayah semalam sebagai kes bunuh.



Ketua Polis Perak, , berkata klasifikasi itu berdasarkan perbuatan penjenayah yang didapati sengaja merempuh dari arah belakang motosikal anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) berkenaan.



“Berdasarkan siasatan awal, polis percaya penjenayah memang sengaja mahu menyebabkan kematian anggota terbabit,” katanya pada sidang media selepas meninjau perjalanan pengundian awal di Dewan Serba guna Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, di sini, hari ini.



Dalam insiden 1.15 tengah hari itu, Mohd Azuan, 25, anggota URB Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, maut di tempat kejadian manakala rakan setugasnya cedera parah selepas motosikal yang ditunggang mereka dirempuh kereta penjenayah.



Ia berlaku di Batu 10 menghala Alor Pongsu dekat Parit Buntar, ketika kedua-duanya dilapor mengejar sebuah kereta yang dinaiki suspek dalam kes samun van rokok sebelum itu.



Menurut Acryl Sani, polis memperhebat gerakan memburu penjenayah terbabit.



Pada pengundian awal hari ini, seramai 410 daripada 60,349 pemilih berdaftar layak mengundi awal dan kebanyakannya anggota polis serta keluarga mereka.



Sumber: Bernama

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free