Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Posted by kezamx on Friday, 2 May 2014


Banyak cara unik untuk mempopularkan perniagaan. Seperti lelaki dari Sao Paulo, Brazil, Francisco Elder Braga, ini mempopularkan barnya dengan berpenampilan gaya Osama Bin Laden.



Kerana gayanya tersebut, Francisco menjadi terkenal di negaranya. Ramai pengunjung yang datang ke barnya untuk bergambar bersamanya. Lelaki berusia 54 tahun ini tidak hanya mengubah gaya beliau menjadi Osama Bin Laden, tetapi juga menukar nama barnya "Barbas" menjadi "Bar do Bin Laden".



Francisco mengatakan bahawa ideanya ini sangat bagus untuk perniagaan. "Kesannya sangat baik untuk bisnesku, sekarang tidak ada lagi yang memanggilku Francisco, tapi Osama Bin Laden," kata Francisco seperti yang dilaporkan oleh Vocativ.



Idea Francisco rupanya berjaya kerana ribuan pengunjung datang ke barnya selain untuk membeli minuman, tapi juga untuk berfoto selfie bersamanya. Bahkan stesen televisyen terkenal Al Jazeera, pernah membuat liputan ke atasnya dan bar yang dikelolanya. Francisco pun pernah diundang di beberapa stesen televisyen di acara variety show.



Walaupun berpenampilan seperti Osama, Francisco mempunyai personaliti yang jauh berbeza dengan Osama Bin Laden. "Saya adalah orang baik-baik, saya juga menentang keganasan," kata Francisco.










{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free