Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Putus Urat Jari Angkara Salah Faham

Posted by kezamx on Thursday, 3 July 2014





Kuala Lumpur – Urat jari tangan kiri putus, selain menerima puluhan jahitan di kepala dan badan. Itulah nasib malang menimpa seorang ahli perniagaan selepas ditetak tiga ‘pembunuh upahan’ yang dibayar rakan kongsi wanitanya.



Mangsa berusia 31 tahun yang turut terlantar di hospital selama seminggu dikatakan diserang sekumpulan lelaki pada jam 4 pagi, 20 Jun lalu berhampiran premis di Kepong.



Sumber polis berkata, kejadian itu berpunca salah faham antara mangsa dan rakan kongsinya berusia 30-an berhubung perniagaan pusat siber kafe dimiliki bersama.



Menurutnya, kejadian berlaku apabila mangsa dihubungi suspek wanita terbabit sebelum memintanya untuk berjumpa dan berbincang masalah perniagaan dihadapi.



“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian bersetuju untuk berjumpa dengan rakan kongsinya itu di Kepong.



“Bagaimanapun, ketika sedang berbincang dengan wanita terbabit, kepala mangsa tiba-tiba dipukul dengan kayu dari belakang,” katanya.



Menurutnya, mangsa yang cuba mempertahankan diri sebaliknya ditetak berulang kali di tangan, badan dan kaki menggunakan parang menyebabkan mangsa mengerang kesakitan.



Sumber berkata, mangsa yang cedera parah cuba melarikan diri meminta bantuan, namun dikejar seorang lagi lelaki yang mengejar mangsa dengan kereta.



“Suspek lelaki itu kemudian melanggar mangsa menyebabkan mangsa terpelanting dan terbaring di jalan raya.



“Salah seorang suspek cuba menikam mangsa, namun mangsa sempat memegang tangan penjenayah. Kumpulan penjenayah itu bertindak melarikan diri selepas sebuah teksi berhenti di kawasan itu,” katanya.



Menurutnya, mangsa yang berlumuran darah kemudian diselamatkan sebelum dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan.



“Mangsa yang mengalami kecederaan parah tampil membuat laporan di Balai Polis Kepong kelmarin, selepas dibenarkan keluar dari Hospital Selayang,” katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy yang dihubungi wartawan mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan. – myMetro Online

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free