KUALA LUMPUR – Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mengeluarkan tender terbuka bagi mengendalikan pencarian dasar laut untuk mengesan pesawat MH370 mulai Ogos tahun ini.
Biro itu dalam kenyataan akhbar berkata, syarikat yang pakar akan diambil sebagai kontraktor utama di bawah arahan ATSB bagi melaksanakan pencarian berkenaan yang dijangka mengambil masa selama 12 bulan bergantung kepada keadaan cuaca.
“Syarikat itu akan menyediakan pakar, peralatan dan kapal bagi mengendalikan pencarian dasar laut bagi mengesan pesawat Boeing 777 di dalam zon ditetapkan iaitu selatan Lautan Hindi,” katanya.
ATSB berkata, pembida yang berjaya dijangka mengendalikan pencarian membabitkan kawasan sehingga 60,000 kilometer persegi berdasarkan komunikasi terakhir pesawat itu dengan satelit Inmarsat.
Katanya, kawasan pencarian yang tetap sedang dibuat oleh kumpulan kerja strategik antarabangsa dan akan dimuktamadkan dalam tempoh dua atau tiga minggu.
Sumber: BH Online
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment