Pages

kezamx. Powered by Blogger.

8 Kes Kematian Bayi Di Taska Di Putrajaya

Posted by kezamx on Thursday 26 June 2014





PUTRAJAYA – Putrajaya mencatatkan lapan kematian bayi di taman asuhan kanak-kanak di rumah (Taska) pada tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding lima kes sepanjang tahun lepas.



Penolong Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Putrajaya, Norliza Abu Bakar berkata, jumlah kematian itu merupakan sesuatu yang membimbangkan berikutan 600 buah taska di rumah di sini tidak berdaftar dengan jabatan tersebut.



“Kira-kira 30 buah taska di rumah sahaja berdaftar di sini,” katanya yang juga Pegawai Diberi Kuasa Taska JKM.



“Sekiranya berdaftar maka mudah untuk JKM memberikan latihan penjagaan kanak-kanak kepada pengusaha taska berkenaan,” katanya kepada pemberita semasa operasi mengesan taska di rumah yang tidak berdaftar di Presint 11, di sini hari ini.



Operasi yang dilakukan oleh Persatuan Pengusaha Taska Tadika Putrajaya (Puspajaya) dengan kerjasama JKM itu adalah untuk mengesan rumah yang dijadikan taska dan mempunyai sekurang-kurangnya empat kanak-kanak (tidak termasuk anak sendiri).



Beliau berkata, pengusaha yang tidak berdaftar boleh didakwa di bawah Seksyen 6 Akta Taman Asuhan Kanak Kanak 1984, jika disabitkan kesalahan mereka boleh dikenakan denda RM10,000 atau penjara dua tahun atau kedua duannya sekali.



Sementara itu, Presiden Puspajaya Husna Abdul Rahaman berkata, pihaknya juga giat mengadakan ceramah untuk memberi kesedaran kepada pemilik taska yang masih tidak berdaftar di sekitar Putrajaya selain mengedarkan borang pendaftaran.



“Kita hadir untuk menolong mereka bagaimana cara yang mudah untuk berdaftar di bawah JKM. Kebanyakan pengasuh mengambil jalan mudah serta tidak mempedulikan undang undang,” katanya.



Katanya operasi seperti ini akan diteruskan ke semua taska rumah di sekitar Putrajaya bagi memastikan kesemua pengasuh memberikan perkhidmatan secara sah.



Sumber: BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free