Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Jihad Ikut Tafsiran Sempit Undang Risiko

Posted by kezamx on Friday 27 June 2014





KUALA LUMPUR – Jihad mengikut tafsiran sempit serta tidak menepati kehendak agama, bukan hanya mengundang risiko kepada diri sendiri, malah memberi imej buruk kepada negara.



Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri Zamihan Mat Zain Al Ghari berkata penglibatan rakyat Malaysia dalam jihad yang tidak menepati erti kata sebenar, hanya akan dipandang serong oleh masyarakat antarabangsa yang melihat negara ini sebagai hab keganasan global.



“Bila perang di Afghanistan, kita pergi Afghanistan, bila perang di Iraq, rakyat kita pergi ke Iraq, jadi masyarakat antarabangsa melihat Malaysia ini sebagai hab dan pengeksport keganasan militan Islam.



“Ini sesuatu yang tidak sihat dan berbahaya kepada umat Islam di Malaysia dan pandangan dunia terhadap Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas ditemu bual dalam rancangan Ruang Bicara bertajuk ‘Cabaran Institusi Agama’ terbitan BernamaTV di sini, semalam.



Zamihan yang juga Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia, diminta mengulas penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di Syria.



Baru-baru ini didakwa bahawa 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan yang berpecah dari Al-Qaeda, telah terbunuh di Syria.



Zamihan berkata penyertaan rakyat negara ini dalam aktiviti berkenaan turut memberi kesan negatif kepada keluarga yang trauma apabila dikejutkan dengan berita penglibatan anggota keluarga mereka.



“Bila identiti mereka dipaparkan dalam media, keluarga mereka akan terkejut dan sebahagiannya akan trauma, sebab sebahagian besar yang pergi berperang itu, saya yakin tidak berterus terang kepada keluarga mereka.



“Ia juga akan memberi tekanan kepada waris atau keluarga apabila media melaporkan tentang kecederaan, peperangan atau kemalangan jiwa yang berlaku ke atas anggota keluarga mereka,” katanya.



Zamihan berkata kerajaan perlu terus mengawasi pergerakan kumpulan Syiah di negara ini kerana yakin mereka mempunyai hubungan dengan kumpulan Syiah di luar negara termasuk Hizbullah di Lubnan.



“Hizbullah juga terlibat dengan perang saudara di Syria bagi membela hak-hak saudara Syiah di pihak kerajaan Bashar Al-Asad. Dan kebanyakan mereka (kumpulanSyiah) ini berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” katanya. – BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free