Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Cedera parah kereta hilang kawalan

Posted by kezamx on Wednesday 25 June 2014

SEGAMAT – Seorang lelaki parah selepas kereta Proton Persona dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah lori kayu balak di Batu 9, Jalan Buloh Kasap, awal pagi semalam.



Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, Asisten Superintendan Mansor Taib berkata, dalam kejadian jam 6 pagi itu, lelaki berumur 24 tahun tersebut dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja.



“Mangsa yang tinggal di Batu Anam merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat swasta di bandar Segamat dan semasa melalui kawasan kejadian, kereta dipandunya secara tiba-tiba hilang kawalan.



“Mangsa kemudian melanggar bahagian kanan tayar belakang sebuah lori membawa muatan balak yang datang dari arah bertentangan,” katanya.



Menurutnya, akibat pelanggaran tersebut, mangsa cedera parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan sebelum dihantar ke Hospital Daerah Segamat (HDS).



Kereta dinaiki mangsa rosak teruk, manakala pemandu lori balak yang berumur 40-an itu tidak mengalami sebarang kecederaan.



Kes disiasat di bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.




Keadaan kereta mangsa rosak teruk.



Sumber - Sinar Harian

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free