Pages

kezamx. Powered by Blogger.

KPDNKK Rampas 56,000 Liter Diesel Di Bagan Hailam

Posted by kezamx on Thursday 26 June 2014





PELABUHAN KLANG – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 56,000 liter diesel bersubsidi bernilai lebih RM500,000 dalam serbuan di sebuah premis di Bagan Hailam, Tanjung Harapan di sini hari ini.



Pengarah Penguatkuasa KPDNKK, Mohd Roslan Mahayudin berkata dalam serbuan pada jam 3 pagi itu, turut ditahan enam kru sebuah bot tunda yang menjadi perantara untuk menjual semula diesel berkenaan kepada kapal-kapal dagang besar di sekitar perairan tersebut.



“Enam anak kapal terdiri daripada lima lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki warga tempatan itu ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki antara anggota sindiket penyeludupan diesel di situ.



“Mereka menggunakan bot tunda sebagai perantara untuk mengangkut diesel yang mana ia mampu memuatkan sehingga 30,000 liter dan disyaki dijual dengan harga lebih tinggi daripada harga pasaran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.



Beliau berkata premis yang beroperasi sebagai pusat pengumpulan diesel itu mula aktif sejak setahun lepas dan berselindung sebagai stor kitar semula, namun pemeriksaan lanjut mendapati pemilik premis telah melarikan diri.



Mohd Roslan berkata diesel yang dikumpul di premis berkenaan dibeli dengan harga subsidi dari stesen-stesen minyak sekitar Lembah Klang dengan menggunakan lori dan van yang telah diubah suai namun menjualnya semula dengan harga tinggi bagi mengaut keuntungan berlipat ganda.



Katanya KPDNKK turut merampas empat ‘skid tank’, 30 tong gentian, sebuah tong besi dan beberapa peralatan memindahkan diesel selain menyita sebuah bot tunda, dua van serta dua lori yang diguna untuk membeli minyak tersebut.



Mohd Roslan berkata pihaknya sedang menyiasat sama ada sindiket berkenaan mempunyai rangkaian penyeludupan diesel di negeri-negeri lain dan operasi membanteras kegiatan itu akan terus dipergiat.



Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000 dan penjara tiga tahun bagi pesalah individu jika sabit kesalahan manakala bagi kesalahan melibatkan pihak syarikat pula denda sehingga RM250,000 dan penjara tiga tahun. – BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free