Pages

kezamx. Powered by Blogger.

‘Wira Malaysia’ Rekaan Melinda Looi Untuk Atlet Malaysia

Posted by kezamx on Thursday 26 June 2014





KUALA LUMPUR – Koleksi baharu pakaian rasmi kontinjen Malaysia akan diperagakan oleh atlet negara buat pertama kali pada temasya Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, Julai ini.



Dikenali sebagai ‘Wira Malaysia’, koleksi rekaan pereka fesyen terkenal Melinda Looi itu merangkumi set pakaian rasmi untuk acara perarakan pada perasmian temasya sukan dan kit atlet merangkumi trek sut, kemeja-T berkolar dan tidak berkolar, beg dan topi.



Pada majlis pembukaan dan perarakan masuk temasya sukan, kontinjen negara akan mengenakan baju kurung dan selendang bagi atlet wanita dan baju Melayu bersampin bagi atlet lelaki bermotifkan corak songket mengikut warna Harimau Malaya iaitu oren dan hitam.



Berucap melancarkan koleksi bercorak baharu itu di sini hari ini, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata setelah hampir 10 tahun, sudah tiba masanya ia diberi nafas baharu supaya lebih segar, menarik, bertenaga dan ‘lebih garang’ seiring dengan nama Harimau Malaya yang dibawa.



“Sudah pasti corak baju tidak menentukan kemenangan tetapi ia boleh menaikkan semangat kita sebagai identiti negara,” katanya. Kit kontinjen negara sedia ada mula digunakan sejak November 2005.



Khairy berkata beliau mendapat ilham untuk memperbaharui rekaan pakaian rasmi kontinjen negara menerusi penampilan pasukan bola sepak Itali dan Great Britain yang mana pakaian rasmi masing-masing pernah mendapat sentuhan golongan pereka tersohor.



“Kita bukan sahaja mahu melihat dari segi prestasi tetapi juga mahu memberikan gambaran penampilan atlet negara sebagai sebahagian daripada aset dan gaya kepada mereka,” katanya.



Sementara itu, beberapa atlet kebangsaan yang ditemui berkata corak baharu pakaian rasmi kontinjen kebangsaan itu mampu meniup semangat baharu kepada mereka yang bakal beraksi di Sukan Komanwel nanti.



Ratu terjun negara Pandalela Rinong yang dikenali antara yang gemar berfesyen, berkata beliau teruja dengan rekaan baharu lebih segar itu yang

sedikit sebanyak mampu meningkatkan motivasi atlet kebangsaan.



Pandangannya itu dikongsi jaguh badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei yang berkata koleksi baharu itu akan menguatkan lagi semangatnya untuk berjuang di arena antarabangsa. – BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free