Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Bomba Perluas Pencarian Huntley Di 2 Buah Kampung

Posted by kezamx on Tuesday, 3 June 2014





PULAU TIOMAN – Operasi mencari dan menyelamat warga Britain Gareth David Huntley, 34, yang hilang lebih seminggu, hari ini diperluaskan ke dua kawasan iaitu Kampung Paya dan Kampung Mukut, selain sekitar kawasan Air Terjun Lubuk Teja, lokasi mangsa dilaporkan hilang sebelum ini.



Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Pahang Morni Mamat berkata pasukan itu yang dianggotai 55 orang anggota, termasuk pegawai; dan empat ekor anjing pengesan dipecahkan kepada tiga kumpulan.



Katanya dua kumpulan akan melakukan pencarian di Kampung Paya manakala satu kumpulan lagi di Kampung Mukut. Pencarian di sekitar kawasan air terjun dan Gunung Kajang tetap diteruskan.



“Dua kumpulan itu akan bertemu semula di Gunung Kajang keesokan hari dan anggota kita telah bermalam di dalam hutan di Gunung Kajang sejak malam tadi.



“Pencarian mangsa akan diperluaskan ke kawasan gunung itu kalau-kalau mangsa telah keluar dari lokasi dia dilaporkan hilang dan menuju ke kawasan gunung berkenaan, ” katanya kepada Bernama di sini hari ini.



Pencarian di Gunung Kajang yang berketinggian 1,038 meter dari paras laut perlu dilakukan secara berhati-hati kerana ia mempunyai 50 meter darjah ketinggian cerun serta dilitupi hutan tebal dan batu.



Mozni berkata anggota bomba akan terus bermalam di hutan sekiranya warga Britain itu masih gagal ditemui hari ini.



Selain itu, katanya, sebuah helikopter bomba dalam keadaan siap sedia berada di Mersing untuk misi membawa keluar mangsa dari dalam hutan atau membawanya ke hospital berdekatan.



Sementara itu Ketua Kampung Pulau Tioman Ab Razib Ali Awang berkata kehilangan Huntley merupakan kehilangan paling lama dicatatkan membabitkan

pelancong yang hilang atau sesat di kawasan Air Terjun Lubuk Teja.



Katanya sebelum ini kehilangan pelancong di dalam hutan itu tidak melebihi dua jam.



Menurutnya hutan di kampung berkenaan yang berkeluasan hampir 30 kilometer kaki persegi merangkumi Gunung Kajang dan air terjun Lubuk Teja adalah bercuram serta berbatu sekali gus berbahaya kepada pengunjung luar jika memasukinya tanpa jurupandu arah.



“Setakat ini sudah lima orang pelancong sesat di hutan berkenaan dan kali terakhir adalah awal tahun lalu membabitkan warga Singapura namun berjaya ditemui sejam kemudian selepas penduduk kampung menjalankan operasi mencari,” kata Ab Razib.



Menurutnya sebaik sahaja mangsa gagal kembali ke chalet Projek Penyu Juara pada pukul 4 petang 27 Mei lepas, pekerja dan sukarelawan di projek penyu tersebut keluar mencari mangsa sehingga pukul 7 malam.



Operasi mencari mangsa diteruskan keesokan harinya oleh Rela dan penduduk kampung namun gagal menemui mangsa, seterusnya laporan polis dibuat pada 29 Mei.



Ab Razib berkata Huntley atau mana-mana pelancong sepatutnya mengupah jurupandu arah untuk memandu mereka ke kawasan air terjun berkenaan kerana kebarangkalian untuk sesat adalah tinggi berikutan keadaan hutan tebal dan berbatu.



Wartawan Bernama Nurazira Abdul Rashid bersama jurufoto Mohd Faizol Abdul Aziz berkesempatan menyertai Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Ab Ghani ke Air Terjun Lubuk Teja semalam.



Perjalanan mereka dari chalet Projek Penyu Juara yang didiami mangsa ke lokasi kejadian mengambil masa lebih kurang dua jam ternyata amat mencabar dan memenatkan kerana laluan berbukit dan berbatu besar.



Walaupun trek laluan amat jelas kelihatan serta anak panah diletakkan di sepanjang laluan, namun sifat ingin tahu atau hobi meneroka alam yang dimiliki seseorang itu boleh menyebabkannya tersasar dari laluan sebenar yang sekali gus mengakibatkan sesat di dalam hutan tebal.



Sumber: Bernama

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free