Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Penduduk Desak Hentikan Operasi Korek Pasir

Posted by kezamx on Friday 27 June 2014





BALING – Penduduk tiga kampung di Kuala Sedim di sini meminta kerajaan negeri Kedah membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi berikutan kerja-kerja mengorek pasir dan sungai berhampiran kampung mereka itu.



Penduduk Kampung Kuala Sedim, Kampung Permatang Durian dan Kampung Bukit Chong berharap agar kegiatan berkenaan dapat dihentikan kerana aktiviti mengorek pasir di tepi dan dalam Sungai Sedim, Sungai Muda dan Sungai Karangan sejak lebih setahun itu didakwa boleh menyebabkan kampung mereka tenggelam jika tidak dihentikan segera.



Mereka juga mendakwa pihak terlibat menutup laluan Sungai Karangan sejak baberapa bulan lepas dan membina jambatan merentasi Sungai Sedim untuk memunggah pasir yang dikorek dan disedut dari kawasan sungai itu di daerah Baling dan Sungai Muda di kawasan daerah Kuala Muda.



Seorang penduduk Kampung Kuala Sedim, Anwar Yahya, 46, berkata mereka bimbang kampung itu akan dilanda banjir jika berlaku hujan lebat di musim hujan kerana keadaan Sungai Sedim, Sungai Muda dan Sungai Karangan kini semakin teruk akibat kerja-kerja pengambilan pasir di darat dan sungai.



“Saya merayu kerajaan negeri dan pihak Menteri Besar bertindak segera menghentikan kegiatan mengorek pasir di kawasan berdekatan Kampung Kuala Sedim yang kini semakin parah,” katanya.



Pengerusi Jawatankuasa dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Kuala Sedim Zainal Yaakob, 61, berharap kerajaan negeri dapat mencari jalan bagi

menghentikan kerja-kerja mengeluarkan pasir darat dan sungai terlibat dengan segera.



“Saya bimbang kerana pihak pengusaha pasir tidak menghormati peraturan hingga sanggup menutup laluan air Sungai Karangan hingga menjadi kawasan daratan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di kawasan terlibat hari ini.



Pemilik tanah bersebelahan dengan kawasan sungai yang telah runtuh tebingnya, Kamis Desa, 68, pula bimbang kegiatan itu akan meruntuhkan tebing tanah dan rumahnya ke dalam sungai jika tiada tindakan segera bagi menyelamatkan tanah di kawasan itu daripada dijadikan lombong pasir.



“Kami meluahkan perasaan kepada pihak media kerana pihak lain termasuk pihak Pejabat Tanah dan Daerah Baling dan Kulim langsung tidak melayan aduan kami,” katanya.



Tinjauan media ke kawasan itu mendapati longgokan pasir begitu banyak dan berpuluh-puluh lori sedang memuatkan pasir untuk dibawa ke satu lokasi di sekitar Kulim dan Seberang Perai.



Penduduk turut mengadakan bantahan aman di kawasan berkenaan dengan menyatakan bantahan bagi mendesak kegiatan itu dihentikan. – BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free