PETALING JAYA: Belum pun cukup 44 hari tempoh pantang bersalin, pelakon Lisdawati sudah pun aktif apabila dilihat muncul pada majlis pelancaran produk kecantikan Aisrish Fashion Cosmetik yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada Isnin.
Lisdawati, 36, berkata, kehadirannya pada majlis itu adalah bagi memberi sokongan kepada pengasas produk tersebut Datuk Mohd Aizuddin Ghazali.
“Jangan tanya soalan kenapa saya datang atau langar pantang, saya datang adalah semata-mata untuk memberi sokongan kepada majlis ini dan pengasasnya.
“Sebelum ini ketika sarat mengadung saya ada juga datang untuk memeriahkan perlawanan boling yang dianjurkan mereka,” ujarnya kepada mStar Online.
Lisdawati selamat bersalin anak ketiga pada 14 Jun lalu di Hospital Selayang dekat sini yang di beri nama Ahmad Nur Fyrdaus.
Sementara itu, Lisdawati berkata dia masih percaya dan sedang mengikuti proses berpantang selama sebulan.
Bagaimanapun, dia tidak mahu terlalu mengikut keadaan dan sering keluar apabila rasa sihat.
“Saya percaya dan mengamalkan berpantang selepas bersalin, malah sejak mengandung saya ada mengamalkan peraturan tertentu terutamanya dalam hal menjaga makan.
“Cuma saya jenis yang suka keluar, bila rasa sihat sedikit saya akan keluar untuk hilangkan rasa bosan kerana duduk di rumah,” katanya.
Menyentuh soal kerjaya lakonan, Lisdawati berkata, dia sedang menunggu tawaran dan tidak merancang untuk berehat panjang selepas bersalin.
Dalam pada itu, Lisdawati berkata suaminya pelakon Fauzi Nawawi banyak membantu dalam menguruskan hal rumah tangga.
“Abang Fauzi banyak tolong jaga anak bila dia pulang daripada kerja dia akan bantu untuk buat kerja rumah.
“Dia juga slalu urutkan kaki saya,” katanya.-mStar
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment