Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Lebih 3,000 polis bantuan ditempatkan di 72 IPT seluruh negara

Posted by kezamx on Thursday 26 June 2014


Gambar Hiasan



MELAKA: Sejumlah 3,237 polis bantuan ditempatkan di 72 institusi pengajian tinggi di seluruh negara, kata Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) Datuk Ayub Yaakub.



Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,237 anggota ditempatkan di enam institusi pengajian tinggi awam (IPTA) manakala 1,000 orang di 66 institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi memantau jenayah dalam komuniti institusi berkenaan dan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat.



"Kita masih mempertimbangkan permohonan beberapa IPT lagi untuk mewujudkan unit polis bantuan di institusi mereka," katanya kepada pemberita selepas majlis kunjungan hormat Pengarah JPPJ PDRM dan pemakaian pangkat Pengarah Keselamatan Polis Bantuan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini, hari ini.



Turut hadir Naib Canselor UTeM Prof Dr Shahrin Sahib @ Sahibuddin.



Katanya, permohonan tersebut perlu dipertimbangkan dari pelbagai aspek terutama kemampuan IPT berkenaan dalam mengekalkan pasukan polis bantuan yang merupakan penjawatan tetap dan gaji perlu dibiayai institusi berkenaan.



Sementara itu, Shahrin berkata pasukan polis bantuan UTeM di bawah Pejabat Keselamatan universiti berkenaan ditubuhkan pada 26 Februari lepas dengan 77 anggota.



"Inisiatif penubuhan pasukan polis bantuan ini bertujuan melahirkan modal insan berkualiti pada masa depan yang mematuhi undang-undang dan bersama mewujudkan persekitaran yang selamat," katanya.

Terdahulu, Ayub menyempurnakan pemakaian pangkat Supt/PB kepada Pengarah Keselamatan UTeM Affindi Abu Bakar.



Sumber - Bernama

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free