Home » isu semasa » Budak 2 tahun Ketagihan Minum Minuman Beralkohol
Budak 2 tahun Ketagihan Minum Minuman Beralkohol
Posted by kezamx on Thursday, 26 June 2014
Gambar seorang budak minum dari botol besar membuat ramai orang terkejut. Mengapa tidak? Budak kecil berusia dua tahun tersebut kelihatan begitu biasa menenggak minuman dari botol alkohol.
Budak lelaki yang bernama Cheng Cheng, tinggal di wilayah Anhui, China. Kebiasaannya minum-minuman itu bermula apabila ibu bapanya memberikan alkohol agar ia berhenti menangis ketika berusia 10 bulan. Namun siapa sangka, ia akan keterusan hingga sekarang.
Kedua ibu bapanya kini bersusah-payah membuat budak itu kembali minum susu seperti kanak-kanak seusianya. Para ahli keluarga lain juga bersusah-payah menyembunyikan botol alkohol kerana Cheng Cheng selalu mencarinya.
Tante Cheng Cheng, Cai Teng, juga mendedahkan bahawa anak saudaranya itu selalu menangis meminta diberi minuman alkohol ketika keluarga besarnya berkumpul merayakan perayaan besar. Tidak hairanlah kelurganya bimbang akan masa depan Cheng Cheng ketika sudah dewasa nanti.
"Kami semua di keluarga ini fikir bahawa budak ini akan jadi peminum ketika dia sudah besar nanti," ucap Cai Teng. "Matanya selalu memerhatikan botol alkohol. Kami cuba berusaha keras untuk menyimpan botol-botol itu dari jangkauan pandangannya.
Labels:
isu semasa
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment