Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Kereta Zara Zya Remuk Dirempuh Di Port Dickson

Posted by kezamx on Sunday 22 June 2014





Port Dickson – Kereta milik pelakon utama drama popular ‘Love You Mr Arrogant’, Zara Zya, remuk selepas dirempuh sebuah kereta yang terbabas di Batu 3, Jalan Pantai di sini, awal pagi semalam.



Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, sebuah kereta model Honda Prelude dikatakan terbabas sebelum merempuh empat kenderaan yang diletakkan di bahu jalan termasuk kereta model Suzuki Swift milik pelakon wanita itu.



Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 29, berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama rakan-rakan sedang menjamu selera di sebuah gerai tepi pantai di Bagan Pinang di sini.



Menurutnya, dia bagaimanapun terkejut sejurus mendengar bunyi dentuman kuat dari arah tempat keretanya diletakkan.



“Sejurus mendengar dentuman itu, saya dan rakan bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati kereta saya remuk teruk akibat dirempuh. Namun saya bersyukur kerana tidak berada di dalam kereta ketika kejadian.






“Saya tidak menyangka kedatangan ke Port Dickson kali ini untuk bercuti menjadi pengalaman mengejutkan dan esok (semalam) kami akan balik ke Damansara, Kuala Lumpur,” katanya.



Sumber: myMetro online

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free