Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Presiden Tajikistan Lawat Menara Berkembar Petronas

Posted by kezamx on Wednesday, 25 June 2014





KUALA LUMPUR – Presiden Tajikistan Emomali Sharipovich Rahmon dan isteri Azizamoh Rahmon hari ini berkunjung ke Menara Berkembar Petronas di sini sebagai sebahagian daripada program lawatan empat hari beliau ke Malaysia.



Beliau meluangkan masa kira-kira 45 minit di menara berkembar tertinggi dunia itu termasuk menyeberangi jambatan udara di tingkat 42 dan menikmati pemandangan Lembah Klang dari tingkat 86.



Beliau dan delegasinya jelas kagum dengan seni bina bangunan pencakar langit tersebut yang diiktiraf sebagai bangunan tertinggi dunia dari 1998 hingga 2004.



Sepanjang lawatan itu beliau diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Property Holdings Berhad Datuk Hashim Wahir dan Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Strategik Petronas Norliza Kamaruddin.



Rahmon dijadualkan melawat Proton Holdings Berhad petang ini sebelum berlepas pulang ke Tajikistan.



Ini merupakan lawatan pertama beliau ke Malaysia sejak kedua-dua negara mewujudkan hubungan diplomatik pada 1992.



Sumber: BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free