MIRI – Seorang lelaki warga asing tergamam selepas menemui rakan baiknya mati tergantung pada besi penyangkut baju di sebuah rumah pekerja di Kuala Baram di sini kelmarin.
Mayat Utiya Handoko, 29, berasal dari Jawa Timur, Indonesia ditemui pada pukul 8.30 malam dengan lehernya terjerut pada sehelai baju yang diikat pada besi penyangkut baju tersebut.
Rakan mangsa yang ingin dikenali sebagai Sigit, 25, berkata, mangsa yang bekerja sebagai mekanik di sebuah kilang dikatakan ada menelan sebanyak 12 biji paracetamol pada malam Ahad lalu.
Malah ceritanya, dua hari sebelum kejadian, Utiya pernah menceritakan masalah yang dihadapinya sejak beberapa bulan bekerja dengan majikannya.
“Saya tidak sangka, dia yang pernah memberontak untuk berhenti kerja bertindak menggantung diri.
“Saya sendiri pun tidak tahu apa masalah sebenar yang dihadapi sehingga dia sanggup bertindak seperti ini kerana Utiya merupakan seorang yang ceria dan senang didekati,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Sumber: Kosmo
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment