Pelakon Azwan Kombos menafikan dakwaan dia telah mengganggu bekas teman wanitanya, Nad Zainal sehingga memaksa Nad membuat laporan polis, kelmarin.
“Tak ada istilah saya ganggu dia kerana saya tidak pernah menghubunginya. Lagi pun saya sudah memadam nombor telefon dia. Saya memang tidak ganggu dia. Dia sudah pilih kehidupannya sendiri dengan teman lelakinya dan tidak ada sebab untuk saya ganggu dia.
“Saya ini lelaki dan kalau betullah saya berkelakuan seperti itu, malulah saya. Saya juga ada maruah yang perlu dijaga. Sudah-sudahlah, saya tidak mahu dikaitkan lagi dengan dia. Biarlah saya dengan hidup saya sendiri dan dengan hidup dia,” ujar Azwan kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, menerusi laporan sebuah akhbar, Nad dikatakan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, awal pagi kelmarin selepas mendakwa menerima tiga panggilan berbaur negatif daripada seorang wanita yang tidak dikenali.
Malah, Nad turut mendakwa diganggu oleh Azwan namun tidak mahu mendedahkan butiran atau maklumat lanjut tentang isi laporan terhadap bekas teman lelakinya itu.-Sumber
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment