DRAMA Kerana Terpaksa Aku Relakan (KTAR) kini mencetuskan fenomena di slot Akasia TV3 sehingga tidak keterlaluan untuk penulis katakan, ramai yang menanti drama itu setiap jam 7 malam.
Dek kerana drama itulah, nama dua gandingan utamanya, Amar Baharin dan Izreen Azminda menjadi perhatian ramai.
Keserasian mereka di dalam drama itu, membuatkan ada pihak mula mengada-adakan cerita bahawa Amar dan Izreen kini menjalinkan hubungan cinta sekali gus, Amar dituduh punca perceraian aktres itu dengan bekas suaminya, Riza Baharuddin Jun
lalu.
lalu.
Buktinya kelmarin, sebuah artikel (bukan Sinar Harian) disiarkan mengenai kisah sebenar di sebalik penceraian Izreen sekali gus mengheret nama Amar di dalam masalah rumah tangga aktres itu.
Artikel tersebut mendedahkan hubungan Izreen dan Amar mula disyaki melebihi kawan biasa beberapa bulan lalu semasa mereka menjalani penggambaran KTAR.
Tidak berdiam diri dengan tuduhan itu, Amar memberi jawapan menerusi laman Instragramnya bahawa, dia tidak memerlukan publisiti seperti itu untuk mempromosikan drama KTAR kerana peminat lebih pandai menilai kualiti dari khabar angin yang tak sahih.
Malah tatkala ditebak Zass mengenai perkara sama, Amar berkata, biarlah orang menyebarkan fitnah itu menanggung dosa.
“Yang pasti, apa yang diperkatakan dalam artikel itu tidak betul dan biarlah orang yang menyebarkan menanggung dosa,” katanya.
Amar yang sebelum ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan Primadona filem Malaysia, Erra Fazira berkata, dia melihat perkara ini kerana pengaruh KTAR.
“Bagi saya ini cuma sebahagian permainan industri hiburan. Tak ada gosip, kurang rencah dan sendu pula industri nanti,” ujarnya.
Menyentuh perihal hubungannya dengan Izreen selepas gosip tersebut disiarkan, Amar berkata : “Tidak ada apa-apa yang terjejas antara saya dan Izreen kerana memang jelas kami tidak mempunyai apa-apa hubungan.
“Selepas penggambaran drama itu berakhir, kami buat hal masing-masing,” jelasnya.
Pengaruh Tajul Razin
Membawakan watak Tajul Razin dalam drama KTAR, Amar mengakui popularitinya sedikit berubah sejak menjayakan drama itu.
“Bagi saya terkenal atau tidak, saya tetap hidup biasa seperti sebelum ini. Cuma sekarang ini, saya nampak nama Amar Baharin kerap keluar di akhbar, majalah.
“Apa pun saya percaya watak Tajul Razin itu tetap memberi kesan. Banyak cabaran perlu saya pikul dalam membawa watak itu,” katanya.-Sinarharian
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment