Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Pengantin baharu nyaris maut

Posted by kezamx on Monday 23 June 2014


Orang ramai cuba membetulkan keadaan kereta yang terbalik di

Kampung Padang Landak, Jertih, semalam.



BESUT - Sepasang suami isteri yang dikatakan baharu diijabkabulkan, malam kelmarin, nyaris maut apabila kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbalik dengan keadaan keempat-empat tayar berada di atas dalam kejadian di Kampung Padang Landak dekat Jertih, kira-kira jam 7.30 pagi, semalam.



Pasangan wanita berusia 24 tahun dan suaminya 21 tahun itu dikatakan baharu melangsungkan perkahwinan pada malam kejadian dan dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke kampung halaman mereka di Kuala Krai, Kelantan.



Sebelum kejadian, mangsa dikatakan cuba mengelak sebuah lori yang secara tiba-tiba masuk ke lorong kanan akibat cuba mengelak sebuah kereta lain yang mahu keluar simpang kiri jalan.



Ketika cuba mengelak, kenderaan mangsa bergesel dengan lori tersebut menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu melanggar dan menaiki pembahagi jalan seterusnya kereta terbalik.



Pemandu kereta yang merupakan pengantin lelaki mengalami luka kecil, manakala isterinya cedera di bahu.



Sumber - Sinar Harian

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free