Tahniah diucapkan buat penyerang pasukan Harimau Muda A, Wan Zack Haikal yang telah selamat bergelar suami kepada tunangannya, Nur Shahifa, Jumaat lalu.
Pasangan ini telah selamat diijabkabulkan di Masjid Kampung Pengkalan Pandan, Kemaman, Terengganu.
Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan telah diadakan keesokan hari bertempat di Puteri Foodcourt, Bukit Mentok, Kemaman dengan menggunakan latar warna pastel sebagai tema.
Tahniah diucapkan buat Wan Zack dan isteri, semoga ikatan suci yang dibina berkekalan hingga akhir hayat.
Sumber: SBXS Photography / Audrey Lee / Mynewshub
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment