ALOR SETAR – Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Jitra Datuk Saad Man meninggal dunia akibat kanser paru-paru awal hari ini.
Allahyarham Saad, 63, meninggal dunia di kediamannya di Lorong Enggang, Datuk Keramat AU di Kuala Lumpur pada pukul 5.30 pagi.
Anggota Parlimen Kubang Pasu Datuk Mohd Johari Baharom berkata jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU Datuk Keramat selepas solat Zuhur hari ini.
“Saya sedih dengan pemergian beliau kerana ia satu kehilangan besar. Beliau merupakan seorang pejuang Umno dan walaupun terlantar sakit, beliau masih bertanyakan tentang perkembangan Umno,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sumber: Bernama
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment