Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Sukma: Wilayah Persekutuan Juara Keseluruhan

Posted by kezamx on Tuesday, 3 June 2014





KANGAR – Wilayah Persekutuan muncul juara keseluruhan edisi ke-17 temasya Sukan Malaysia (Sukma) di Perlis selepas meninggalkan juara empat kali, Terengganu, dengan kelebihan empat pingat emas di tangga kedua.



Kontinjen Wilayah Persekutuan, yang pertama kali digabungkan melibatkan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, pada 2006, menungguli persada carta pungutan pingat dengan 55 emas, 37 perak dan 49 gangsa.



Terengganu mengutip 51 emas, 55 perak dan 31 gangsa manakala tuan rumah edisi 2016, Sarawak, menghuni tangga ketiga dengan 46 emas, 32 perak dan 35 gangsa.



Acara tenpin boling menjadi medan terakhir merebut dua lagi pingat terakhir Sukma Perlis melalui acara Masters lelaki dan Wanita.



Untuk rekod, Kuala Lumpur yang menjadi tuan rumah edisi pertama Sukma pada 1986 telah muncul sebagai juara keseluruhan edisi itu.



Sementara itu, Perak berjaya meraih ‘ibu segala pingat’ temasya Sukma kali ini selepas mengalahkan Johor 3-1 dalam perlawanan akhir bola sepak malam ini. – BERNAMA



Sumber: Bernama

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free