Semakin banyak serangan siber yang berlaku akhir-akhir ini. Yang terbaru, dunia menyaksikan perkembangan aktiviti ini ke tahap yang baru, iaitu penggodaman satelit.
Ya, ancaman siber kini beralih pula ke arah penggodaman satelit. Operator satelit akan menghadapi satu kesulitan dan ancaman yang baharu. Satelit merupakan satu komponen yang penting bagi setiap negara. Bahagian keselamatan negara terutamanya amat mengutamakan penggunaan satelit. Mungkinkah kuasa ketenteraan yang kebanyakannya menggunakan kemudahan satelit telah mengakibatkan sistem satelit menjadi sasaran terbaru ancaman siber?
Satu syarikat keselamatan telah mengesan sejumlah ketirisan siber termasuklah yang membabitkan undocumented and insecure protocols, hardcoded credentials, dan juga backdoors yang sering digunapakai oleh terminal komunikasi satelit (SATCOM) . Untuk pengetahuan pembaca, SATCOM merupakan satu terminal yang sering digunakan oleh pihak tentera, pihak kerajaan dan juga sektor-sektor industri.
Melalui ketirisan ini, pihak penggodam boleh memanipulasi, menghalang komunikasi, dan juga boleh mengambil alih peranti yang digunakan oleh SATCOM untuk menjalankan apa-apa tugasan. Secara ringkas, pihak penggodam boleh ambil alih pusat pengawalan SATCOM. Mesti pembaca pernah tengok benda macam ni terjadi dalam filem kan?
Apabila peranti fizikal ini diambil alih, pihak penggodam mempunyai kuasa untuk mengangggu operasi ketenteraan dan juga menganggu komunikasi keselamatan pesawat yang menggunakan SATCOM. Pihak pengkaji telah menulis satu berita atau amaran sebanyak 25 halaman untuk memberi amaran kepada pihak keselamatan SATCOM berhubung dengan perkara ini.
Beberapa ribu peranti SATCOM telah dikenalpasti mengalami ketirisan dan jika sekiranya satu daripada ribuan peranti ini diganggu. seluruh infrastruktur SATCOM akan berada dalam bahaya. Infrastruktur yang dimaksudkan adalah termasuk kapal, kapal terbang, ketenteraan, kemudahan media, dan juga bahagian perindustrian termasuk minyak, gas, turbin angin dan lain-lain.
Menurut akhbar Guardian, antara syarikat yang bertanggungjawab mencipta sistem satelit yang mudah digodam ini ialah Cobham dan Inmarsat dari Britisah dan juga Harris Corporation,Hughes dan Iridium dari US. Sebarang agensi asing dikatakan boleh mengesan sebarang unit dan tentera melalui sistem ini.
(satellite truck)
Menurut pihak pengkaji lagi, terminal Harris RF-7800B yang menawarkan satelit yang berkebolehan tinggi untuk merekod data dan suara yang sering digunakan oleh pihak tentera juga mengalami ketirisan dan berpotensi untuk diserang oleh pihak penggodam. Sekiranya serangan terhadap terminal ini berjaya, pihak penggodam berupaya memasukkan firmware yang berbahaya untuk merosakkan sistem ini dari dalam.
Ketirisan ini juga mengganggu pengangkutan udara pihak ketenteraan US yang dilengkapi dengan Cobham AVIATO, yang direka untuk komunikasi satelit khas untuk pengangkutan udara . Sekiranya sistem ini terjejas, pihak penggodam boleh menganggu komunikasi penerbangan dan itu sangat berbahaya.
Sebarang berita atau info mengenai dunia siber, baik di dalam mahupun luar negara, pihak GilerHackers akan cuba sampaikan kepada anda sebaik yang mungkin.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment