Pages

kezamx. Powered by Blogger.

Kos Sara Hidup Di Jakarta Tinggi

Posted by kezamx on Sunday, 20 April 2014





JAKARTA – Kos sara hidup di ibu negara Indonesia, Jakarta dianggap sangat tinggi berbanding bandar raya utama lain di dunia, menurut kajian baru-baru ini oleh sebuah firma penyelidikan pasaran.



Pengurus Negara Ipsos Business Consulting Indonesia, Domy Halim berkata, berdasarkan kaji selidik terbaharu syarikat itu pada hujung Februari lepas, kos sara hidup di Jakarta didapati lebih tinggi berbanding Bangkok, Hong Kong dan New York.



Kaji selidik itu membandingkan peratusan wang yang dibelanjakan oleh penduduk Jakarta terhadap beberapa produk dan keperluan gaya hidup seperti kopi, makan di luar, sambungan internet jalur lebar, tiket wayang dan telefon pintar antara lain.



Satu cawan minuman panas di sebuah kedai kopi boleh mencecah harga sehingga AS$2.88 (RM9.30) di Jakarta.



“Angka ini mewakili 1.12 peratus daripada pendapatan purata penduduk. Di Hong Kong, penduduknya membelanjakan 0.28 peratus daripada pendapatan purata mereka terhadap barangan serupa.



“Bagaimanapun, persepsi rakyat sama ada sesuatu produk itu mahal atau tidak juga bergantung kepada status sosioekonomi mereka,” kata Domy. – BERNAMA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

Ping your blog, website, or RSS feed for Free Free Auto Malaysia Backlinks Kedai Backlink,Backlink Percuma My Ping in TotalPing.com Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free Ping your blog, website, or RSS feed for Free ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free