Telah masuk hari kedua serangan terhadap dunia siber Israel.
Serangan semalam menyaksikan sebanyak 30% laman sesawang Israel telah berjaya diserang oleh hacktivist, "Anonymous". Walaupun beberapa serangan telah berjaya dilakukan, tetapi pakar dari Israel menyatakan bahawa tiada kerosakan yang serius setakat ini.
Serangan yang diberi nama Operasi Israel atau ringkasnya OpsIsrael ini boleh dikatakan atau dianggap sebagai acara serangan tahunan bagi hacktivist yang dianjurkan oleh penggodam yang cukup dikenali di peringkat global, Anonymous. Operasi ini pertama kali diadakan pada tahun 2012.
Sehingga semalam, laman sesawang yang paling utama yang telah diserang ialah laman sesawang bagi Jabatan Pembelajaran Israel. Manakala web-web lain adalah web bukan kerajaan yang telah di-deface-kan oleh penggodam yang bertanggungjawab.
"Serangan kali ini adalah kurang impaknya berbanding serangan lepas. Serangan ini tidak menyasarkan keselamatan tahap tinggi yang boleh menjejaskan negara atau ekonomi, sekurang-kurangnya untuk hari ini." ujar Erez Kreiner, Ketua Keselamatan Siber Israel.
Serangan OpsIsrael sebelum ini adalah termasuk menyekat laman sesawang dari digunakan oleh orang awam dan melumpuhkan penggunaan kata laluan, juga mendedahkan informasi-informasi sensitif dari laman sesawang seperti laman penukaran wang antarabangsa (currency trading).
Walaubagaimanapun, Kreiner memberi amaran bahawa kumpulan penggodam Anonymous ini mempunyai potensi untuk melakukan serangan yang lebih serius pada masa akan datang. Ini adalah berdasarkan rekod serangan OpsIsrael yang lalu.
Serangan kali ini, sekurang-kurangnya sehingga hari ini, berjaya dikurangkan impaknya kerana operasi ini sudah heboh diperkatakan di laman sosial seperti Facebook, Internet forum dan Twitter. Jadi dengan penyebaran berita ini, pihak keselamatan siber Israel sudah mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi serangan kali ini/
"Kita sekarang berada di zaman yang serangan siber boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja dan lagi mudah untuk dilakukan. Oleh itu kita harus sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan." ujar Kreiner lagi.
Hari ini merupakan hari kedua, lagi banyak serangan akan dilakukan. Pada serangan tahun lalu, Israel mengalami kerugian sebanyak 300 million USD. Satu jumlah yang sangat banyak. Pihak Malaysia yang terlibat secara rasmi dalam operasi ini ialah AnonGhost Malaysia dan Malaysia Security Tester (MST). Operasi ini akan berlangsung selama 3 hari. Nantikan perkembangan berita mengenai operasi ini dari kami.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment